[M]ELAKA: Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai saranan agar PAS tidak menerima apa-apa tawaran daripada UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen BERSATU Masjid Tanah berkata kenyataan berbentuk poster itu telah tular di media sosial sambil menyifatkan ia sebagai fitnah.

“Fitnah dah bermula.

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan sebegini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 8 November, hari undi awal pada 16 November ini dan hari mengundi pada 20 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.