Perikatan Nasional (PN) mahu wujudkan kawasan perindustrian yang canggih, teratur untuk menarik minat pelabur luar negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata PN menyedari potensi pembangunan pusat perindustrian di Melaka bagi menangani isu lambakan pusat industri di kawasan lain.

Tambah beliau, pelabur akan melihat samada sesuatu kawasan itu bersedia untuk pelabur dan selain itu faktor infrastruktur lengkap juga menjadi penanda aras untuk pelabur datang melabur di sesuatu tempat.

Mohd Rafiq turut menjelaskan fokus beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah memastikan kemenangan PN.

Untuk itu, Mohd Rafiq berkata penduduk Melaka khususnya di Dun Teluk Mas mendapat kemudahan infrstruktur disana.

“Memandangkan kebanyakkan penduduk di Dun Teluk Mas adalah dari golongan nelayan, isu seperti kekurangan jeti, tempat membasuh bot, dan kelengkapan berkaitan industri perikanan yang lain menjadi keutamaan,” katanya.

“Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan peluang di kawasan tumpuan pelancong serta menaikkan tarikan pelancongan lain disini,” katanya.

Rafiq turut berkata antara isu lain yang mendapat perhatian beliau di Teluk Mas adalah masalah banjir yang semakin kerap berlaku dan masih tiada penyelesaian sejak beberapa tahun lamanya.