Perikatan Nasional meletakkan fokus sepenuhnya untuk memenangi PRN Melaka terlebih dahulu sebelum mengumumkan calon yang akan memimpin sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, urusan pelantikan Ketua Menteri Melaka perlu diserahkan kepada pimpinan tertinggi PN untuk mengumumkannya.

“Fokus kita adalah untuk menangi Pilihanraya Negeri Melaka dahulu kemudian baru kita akan bincangkan dan umumkan.

“Kita serahkan urusan pelantikan atau penamaan calon Ketua Menteri di peringkat pimpinan tertinggi PN.

“Sebenarnya perbincangan itu telah berlaku, kita sudah ada idea siapa yang akan dinamakan tapi lebih baik pengumumkan itu dibuat oleh pimpinan tertinggi.

“Jadi kita tinggal sebagai misteri dulu buat masa ini, katanya.

Kata Wan Saiful lagi, banyak pihak terpaksa menanggung pergaduhan kesan besar yang berlaku dan terpaksa menghadapi pilihanraya ini.

“PRN Melaka berlaku apabila ada pihak bergaduh sesama sendiri dalam kerajaan dan pergaduhan mereka menyebabkan kita semua terpaksa menanggung kesannya yg amat besar.

“Pengundi-pengundi harus sedar, PN bukan penyebab berlakunya cabaran dan kesukaran ini,” kata Wan Saiful lagi.

“PN adalah gabungan yang sentiasa menawarkan keprihatinan kepada rakyat dan kepada mereka yang memerlukan.

“Kita sedar dalam kita memberi bantuan dan pertolongan kepada rakyat, yang paling penting adalah membangunkan semula ekonomi negeri melaka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Itu antara tawaran yang kita akan berikan dan kita akan umumkan akujanji dalam masa terdekat,” kata Wan Saiful kepada media di Pejabat Bersatu Hang Tuah di Ayer Keroh hari ini.