Jika vaksinasi sejagat dicapai, ekonomi dunia dapat dibuka sepenuhnya.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Azmin Ali sedar sesetengah golongan masyarakat dan peniaga menghadapi kesukaran dan memerlukan bantuan untuk bangkit semula setelah ekonomi kembali aktif.

Katanya, Kerajaan telah menyediakan pakej ransangan RM530 bilion dan geran khas sebagai insentif untuk mengurangkan kesan pandemik kepada usahawan PKS dan keluarga yang telah terjejas teruk.

“Digitalisasi membawa impak besar untuk kelestarian ekonomi baharu.

“Saya menyeru sektor swasta untuk memainkan peranan yang lebih besar ke arah transformasi digital yang berdaya tahan dan mampan.”

Katanya, inisiatif APEC iaitu Pelan Tindakan Ekonomi Digital dan Internet APEC (AIDER) perlu dilaksana sepenuhnya untuk pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan didayakan secara digital.

“Saya juga percaya Malaysia sudah bersedia untuk membuka sempadan negara dalam fasa endemik.

“Dengan penubuhan Pusat Sehenti (OSC) untuk pelancong perniagaan, Pulau Langkawi menjadi projek perintis untuk pelancongan antarabangsa.

“Projek selama 3 bulan ini akan menilai hala tuju industri pelancongan antarabangsa.

“Saya yakin, pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik, cergas dan kukuh dapat dicapai dengan kesepakatan semua,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu.