PN Melaka akur dengan arahan KKM untuk penutupan Bilik Gerakan Perikatan Nasional DUN Telok Mas susulan terdapat jangkitan COVID-19 di sana.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Wira Rafiq Naizamohideen, perkara yang berlaku merupakan diluar kawalan kerana jangkitan COVID-19.

“Kalau nak bercerita tentang jangkitan COVID-19 boleh berlaku dimana-mana.

“Kita akur dan akan patuh arahan KKM untuk menutup.

Kata Rafiq lagi, satu bilik gerakan baru telah dibuka bagi menggantikan bilik gerakan yang ditutup untuk meneruskan gerak kerja jenteri pilihanraya PN di sana.

“Kita telah mendapat tempat baru sebagai alternatif menggantikan Bilik Gerakan Telok Mas yang kita usahakan serta merta setelah arahan penutupan itu.

“Kita telah arahkan satu lagi bilik gerakan dibuka menggantikannya.

“Kita telah bersedia malah gerak kerja berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Rafiq yang juga merupakan calon PN DUN Telok Mas itu, turut menyangkal dakwaan bilik gerakan yang diarahkan tutup tidak menyediakan alat pengimbas suhu.

Kita memang ada alat pengimbas suhu, memang setiap hari diletakkan diluar, bila malam (ditutup) alat berkenaan dimasukkan ke dalam semula.

“Namun pada hari KKM datang, petugas di bilik gerakan terlupa untuk mengeluarkan alat pengimbas suhu itu.

“Saya telah berhubung dengan petugas itu dan petugas itu telah memohon maaf atas kecuaian yang berlaku.

“Itu adalah kecuaian dan kita tidak memberi alasan namun kita akur dan akan menjelaskan kompaun tersebut,” katanya lagi.