AYER KEROH: Kehangatan dan debaran Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka kian terasa apabila semakin hampir dengan hari pengundian pada 20 November nanti.

Meskipun melalui fasa norma baharu untuk berkempen pada kali ini namun tidak menjadi penghalang buat semua calon wakil rakyat yang bertanding bagi menjalankan aktiviti turun padang bagi bertemu dengan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Seri Wan Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen diperingkat Perikatan Nasional telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang sebelumnya, meskipun melalui kekangan ekoran perlu mematuhi “Prosedur Operasi Standard” (SOP), namun dia gembira dengan pencapaian yang telah dilaksanankan setakat ini.

Alhamdulilah, setakat ini diperingkat Peringkat Nasional semuanya berjalan dengan lancar, saya akui kita melalui beberapa kekangan disebabkan (SOP) yang ketat, tapi bagaimanapun kita usaha yang terbaik

“Saya gembira dengan perkembangan yang berlaku serta usaha gerak kerja yang dijalankan oleh pasukan Penerangan dan jentera kempen,” kata Datuk Wan Saiful.

Tambah Ketua Penerangan Bersatu, dia berkata, suasana berkempen di (PRN) Melaka ini, mempunyai banyak propanganda berita palsu serta negatif yang dibuat oleh parti lawan dan menganggap ini adalah lambang salah satu ketakutan yang ditonjolkan kerana melihat kekuatan yang ada parti Perikatan Nasional.

Suasana kempen ini saya dapati, banyak propaganda negatif dan berita palsu yang disebarkan, saya anggap pihak musuh politik bimbang pencapaian dan kekuatan Perikatan Nasional dan kita cuba tangani dengan cara baik,” luah Ketua Penerangan Bersatu.

Lantaran itu, Datuk Wan Saiful menyeru kepada rakyat negeri Melaka agar memberikan sokongan penuh terhadap Parti Perikatan Nasional, supaya dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan jelas agar dapat membantu rakyat di negeri Melaka.

“Saya menyeru rakyat negeri Melaka untuk memberikan undi yang terbanyak kepada kita Perikatan Nasional, kerana kita perlu kerajaan yang stabil dan perlukan majoriti yang jelas, sekiranya tidak mempunyai majoriti yang jelas, maka kita tidak akan ketahui pihak sebelah sana akan lakukan

“Sejarah kepimpinan di negara kita, masa tiga tahun sebelum ini yang menyebabkan ketidakstabilan adalah daripada pihak sebelah lawan, bukannya Perikatan Nasional,

Saya yakin setakat ini penerimaan rakyat negeri Melaka terhadap Perikatan Nasional adalah baik dari segi culaan undi dan kajian yang dibuat adalah sangat memberangsangkan,” ujarnya.