MELAKA: Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusoff mengesahkan bahawa Parti Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Gajah berkemungkinan besar akan menang secara majoritinya.

Ini kerana berdasarkan gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh Parlimen Alor Gajah yang meliputi lima (DUN) semuanya berada dalam zon selesa, walaupun agak sukar untuk mencapai tahap menang semua majoriti bagi PN, namun masih boleh mencapai kemenangan seperti yang diinginkan.

Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusoff atau lebih dikenali sebagai Pak Wan berkata, penduduk di kawasan DUN berkenaan akan memandang optimis terhadap tampuk pimpinan (PN), dengan adanya dia sini.

“Nak mencapai tahap menang semua merupakan satu cabaran tapi kemungkinan dua atau tiga bahagian yang saya rasa kita boleh mendapat kemenangan cerah dalam apa cara sekali pun

Melihat sikap pengundi disini mahu melihat satu saf kepimpinan yang mungkin melihat Pak Wan ada disini, walaupun saya ni sebagai wakil rakyat untuk kerajaan pusat tetapi nampaknya ia menjadi penyambung kepada apa saja perlaksanaan dasar yang dibuat di pusat selari dengan yang dilakukan di negeri,” kata Pak Wan.

Menurut Pak Wan, dia berkata antara calon yang tepat serta layak untuk menyandang jawatan ketua menteri Melaka adalah calon PN Zamzuri Arifin dan YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Yang pentingnya kita kena menang besar sekurang-kurangnya mendapat lima belas (DUN), saya dengar laporan daripada bilik gerakan utama, kita hanya berpeluang sama dengan parti yang lain

“Sekiranya kita ditakdirkan menang, saya rasa ada calon yang berkaliber untuk menjadi ketua menteri Melaka, antaranya yang berpengalaman untuk mentadbir urus adalah calon Zamzuri Ariffin kerana dia mempunyai pengalaman untuk menangani segala isu permasalahan di negeri Melaka

Selain itu, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin antara yang layak menjadi Ketua Menteri Melaka dan mungkin menghadapi cabaran besar sekiranya boleh membawa arus kemenangan yang besar pada parti PN,” ujarnya.