KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, walaupun hanya memenangi dua kerusi namun hasil analisa awal dengan parti komponennya memberikan mereka beberapa alasan untuk meraikannya.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu itu, sokongan padu yang diterima daripada penjawat awam hasil keputusan PRN Melaka minggu lalu telah memberi “lebih motivasi” kepada Perikatan Nasional (PN)

‘’Kami mendapati terdapat peningkatan dari segi sokongan kepada PN dan itu memberikan kami lebih motivasi,” katanya.

“Walaupun PN hanya memenangi dua kerusi, adalah penting mencari jalan untuk mengelakkan lebih banyak pertembungan yang boleh menyebabkan perpecahan lebih besar dalam negara. Itu bagi saya lebih penting daripada perkara lain,” katanya.

Beliau berkata, PN telah melibatkan beberapa organisasi untuk menghasilkan analisis mendalam mengenai prestasi gabungan itu di Melaka yang akan didedahkan kemudian.