KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini kerajaan di bawah pimpinan Dato Sri Ismail Sabri belum menetapkan Dasar Kewangan atau Dasar Fiskal negara yang jelas bagi membendung inflasi yang semakin meningkat di negara kita.

Ketua Armada Wilayah Persekutuan berkata, kadar inflasi negara semakin meningkat, kenaikkan harga barang mengatasi kemampuan rakyat manakala gaji purata rakyat Malaysia masih ditakuk yang sama.

“Kerajaan mengatakan dengan kawalan kos bahan api seperti petrol dan diesel pada harga yang ditetapkan akan menurunkan kadar inflasi.Tapi malangnya kaedah yang diguna pakai tidak berkesan malahan harga barangan asas meningkat sehingga 200%.

“Bilamana mereka terus mencatur kedudukan dan kuasa, kita rakyat malaysia haruslah berganding bahu untuk menghadapi situasi ini.Pastikan kita sentiasa mengutamakan produk buatan Malaysia, elakkan membeli barang mengunakkan kad kredit, dan amalkan habit menabung.

Malah menurut Safwan lagi, kos barangan dijangka meningkat, beliau turut berharap rakyat di luar bandar mahupun bandar terus bersabar kerana perkara itu akan berakhir tidak lama lagi.