INDERA MAHKOTA, 26 Dis – Lebih 200 sukarelawan BERSATU dan PAS berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dalam kejadian banjir yang melanda di kawasan itu, baru-baru ini.

Antara kawasan yang terlibat adalah di sekitar Bukit Setongkol, Pelindung, Kampung Tiram dan Cenderawasih.

Skuad Prihatin BERSATU Indera Mahkota dipimpin Ahli Parlimennya Datuk Saifuddin Abdullah meneruskan khidmat membantu operasi bantuan banjir sejak 18 Disember lalu.

Misi bantuan banjir diteruskan dengan aktiviti membersihkan rumah serta menyalurkan barangan keperluan harian untuk penduduk-penduduk yang terjejas.

Sebanyak 3 buah jentera berat juga digunakan bagi membuang sampah.