PILIHAN Raya Negeri Johor yang akan diadakan pada Mac 2022 telah menjadi perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia. Perbincangan itu termasuk ketidakpastian parti politik mana yang akan dipilih untuk memimpin rakyat Johor.

Satu perkara yang boleh kita pasti dalam masa yang tidak menentu ini ialah kepentingan pilihan raya negeri. Rakyat sekali lagi diberi peluang untuk memilih pemimpin yang akan memberi kesan kepada kesejahteraan masa depan mereka dalam setiap aspek

Sistem demokrasi di Malaysia adalah sistem adil yang membolehkan rakyat tahu tentang kuasa sebenar yang terletak di tangan mereka. Kuasa ini diiktiraf oleh ahli politik dan sebab itulah, janji palsu dan langkah terdesak dibuat untuk memanipulasi rakyat negara ini.

Saya biasanya tidak membincangkan tentang isu-isu politik Malaysia tetapi saya percaya sudah tiba masanya saya cuba sedaya upaya untuk menyedarkan rakyat kita tentang kepentingan mengundi parti politik yang betul.

Untuk pilihan raya negeri Johor akan datang, ada beberapa perkara yang boleh kita jangkakan daripadanya. Pertama, kira-kira 700,000 pengundi baharu telah berdaftar dan kebanyakannya terdiri daripada generasi muda. Ini pada asasnya bermakna perubahan akan berlaku kepada senario pengundian biasa kerana kebanyakan generasi muda berfikiran terbuka. Mereka lebih terbuka ke arah menerima perubahan dan menentang ketidaksamaan yang menyebabkan begitu banyak penderitaan kepada ramai orang.

Rakyat Johor harus ingat kekejaman yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. ‘National Embarrassment, Najib Razak, menghampiri untuk ‘dimaafkan’ walaupun telah merosakkan nama Malaysia dan juga rakyat negara kita. Dengan cara yang sangat terdesak, dia ingin diiktiraf sebagai pemimpin yang berwibawa tetapi semuanya sia-sia sahaja. Kesetiaan mereka yang bekerja dengan Najib terdiri daripada mereka yang mata duitan.

Sama seperti kenyataan Annuar Musa baru-baru ini yang menyatakan bahawa kebanyakkan ahli politik keluar dari parti mereka selepas Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 2019 ketika wabak Covid-19 mula menular. Masalahnya, kita tidak kecewa bahawa mereka melepaskan, sebaliknya kita patut bergembira kerana mereka menunjukkan betapa tidak bergunanya mereka. Ahli-ahli politik ini membuktikan kepada kita bahawa mereka berada di bawah status ‘poliitik’ hanya untuk duit semata-mata. Perjuangan mereka tidak pernah untuk rakyat negara ini.

Pakatan Harapan (PH) juga sama sahaja. Apabila ketua mereka didapati bersalah dalam kes liwat, dia dimaafkan begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran. Ini seolah-olah menjadi rutin bagi pihak-pihak ini, mereka suka mengikut emosi mereka dan memaafkan sesiapa sahaja yang nampaknya memberi manfaat kepada mereka. Mereka yang berfikiran korup ini adalah orang-orang yang sama yang memberi kita janji kosong selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Pembohongan yang disampaikan kepada kita adalah amat memalukan. Mereka menjanjikan jumlah bantuan kewangan yang banyak kepada rakyat, tetapi akhirnya hanya RM30 sahaja yang diberi. Selain itu, ketidakstabilan di bawah kerajaan PH adalah jelas. Isu yang kecil dijadikan lebih besar. Adakah ini benar-benar jenis kepimpinan yang kita ingin daripada pihak berkuasa?

Sejujurnya, Perikatan Nasional (PN) telah digelar ‘katak’ oleh beberapa pihak. Orang berkata begitu kerana ahli politik dalam parti kami meninggalkan Pakatan Harapan semasa Tun Dr Mahathir meletak jawatan.

Punca kegagalan pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerana beliau tidak pernah diberi peluang untuk memimpin seperti mana-mana pemimpin terdahulu yang lain. Beliau diletakkan dalam situasi di mana beliau perlu berhadapan dengan Pandemik Covid-19. Keadaan pada waktu itu adalah sangat baru dan mengejutkan untuk semua pihak.

Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah terlibat dalam kontroversi yang teruk. Beliau tidak sempurna, tetapi cinta beliau terhadap rakyat adalah jelas. Beliau sentiasa tenang dan mendengar tuntutan ahli-ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab apabila mereka memaksa beliau untuk meletak jawatan.

Baru-baru ini, parti politik yang baru diluluskan diketuai oleh Syed Saddiq, MUDA merupakan tambahan baharu kepada trend yang menyaksikan golongan milenial membawa diri mereka ke arah negara yang lebih baik.

Janji yang dibuat kepada ahli mudanya termasuk memastikan suara mereka didengari. Tidak dinafikan, parti itu jelas menyasarkan kumpulan anak muda berpusatkan bandar untuk mendapatkan sokongan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan kumpulan anak muda bandar ini mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh.

Strategi MUDA untuk menjangkau anak-anak muda di bandar dan latar belakang kewangan yang kukuh nampaknya tidak jelas dan masih tidak kukuh. Adakah MUDA hanya akan membawa suara golongan belia yang berpusatkan bandar dan mereka yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh? Bagaimana pula dengan suara anak muda di luar bandar? Nampaknya MUDA perlu menilai semula ideologi politik mereka.

Siapa pun yang dipilih rakyat semasa Pilihan Raya Negeri Johor nanti mesti mengingati tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Rakyat Malaysia sudah cukup menghadapi begitu banyak penderitaan akhir-akhir ini. Sudah tiba masanya kita mengubah ideologi lama dan mengundi pemimpin yang setia dengan rakyat mereka.

Mahathir Mohd Rais adalah Ketua Bahagian BERSATU Segambut