JOHOR BAHRU, 24 Feb – Perikatan Nasional menampilkan seorang Senator BERSATU untuk mencabar penyandang Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dicadangkan BN meneruskan teraju mentadbir kerajaan jika menang dalam pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Senator Isa Ab Hamid, senator BERSATU mewakili Johor akan bertanding di Benut yang dimenangi Hasni dengan majoriti selesa 4,447 undi pada pilihan raya umum lalu.

Dia antara 56 calon yang diletakkan PN terdiri 33 daripada Bersatu, 15 daripada PAS dan lapan daripada Gerakan.

Secara keseluruhan, hanya enam, atau 11 peratus calon PN ialah wanita.

Muhyiddin berkata PN akan mengumumkan calon menteri besar mereka dalam masa terdekat. Mereka juga merancang untuk mendedahkan manifesto mereka pada 1 Mac.

Ketika berucap pada majlis di Pulai, Muhyiddin menggesa ahli parti supaya merapatkan barisan di sekeliling calon pilihan mereka.

Dia juga memberi komitmen kepada semua calon untuk melakukan ikrar antirasuah sebagaimana dalam PRN Melaka.

Sebanyak 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri 12 Mac depan. Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb.

Senarai penuh 56 calon PN adalah seperti berikut:

N01 Buloh Kasap – Norazman Md Diah

N02 Jementah – Maimunah Safwah Binti Musa

N03 Pemanis – Uzzair Ismail

N04 Kemelah – Normala Binti Sudirman

N05 Tenang – Ahmad Humaizi Udin @ Uzir

N06 Bekok – Tan Lek Khang

N07 Bukit Kepong – Sahruddin Jamal

N08 Bukit Pasir – Muhd Nur Iqbal Abd Razak

N09 Gambir – Mohd Solihan Badri

N10 Tangkak – Chong Fat Full

N11 Serom – Rahmat Daud

N12 Bentayan – Tan Kok Hong

N13 Simpang Jeram – Zarul Salleh

N14 Bukit Naning – Mahadzir Abu Said

N15 Maharani – Abd Aziz Talib

N16 Sungai Balang – Zainudin Sayuti

N17 Semerah – Ariss Samsudin

N18 Sri Medan – Othman Kepol

N19 Yong Peng – Yong Fui Ling

N20 Semarang – Shazani Hamid

N21 Parit Yaani – Ahmad Nawfal Mahfodz

N22 Parit Raja – Zulkifli Mat Daud

N23 Penggaram – Sia Wee Yet

N24 Senggarang – Khairul Faizi Ahmad Kamil

N25 Rengit – Mohammad Huzair Lajis

N26 Machap – Azlisham Azahar

N27 Layang-Layang – K Alagathiran

N28 Mengkibol – Wong Chan Giap

N29 Mahkota – Mohamad Nor Lingan

N30 Paloh – V Selvendran

N31 Kahang – Daud Yusof

N32 Endau – Alwiyah Talib

N33 Tenggaroh – Roslan Nikmat

N34 Panti – Hasan Rasid

N35 Pasir Raja – Jawahir Husein

N36 Sediili – Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas

N37 Johor Lama – Mohamad Alias Rasman

N38 Penawar – Mohd Faizal Asmar

N39 Tanjung Surat – Selamat Ujud

N40 Tiram – Karim Deraman

N41 Puteri Wangsa – Loh Kah Yong

N42 Johor Jaya – Ker Ching Sheng

N43 Permas – Tazul Arifin Nasri

N44 Larkin – Zulkifli Bujang

N45 Stulang – Yap Chiang Youis

N46 Perling – Khoo Siaw Lee

N47 Kempas – Nur Faizal Abdullah

N48 Skudai – Khoo Kong Ek

N49 Kota Iskandar – Samsudin Ismail

N50 Bukit Permai – Tosrin Jarvanthi

N51 Bukit Batu – Tan Heng Choon

N52 Senai – Yeo Kwee Kwang

N53 Benut – Isa Ab Hamid

N54 Pulai Sebatang – Abdullah Husin

N55 Pekan Nanas – Tan Chin Hock

N56 Kukup – Mahathir Iskandar Muhammad