PAGOH, 26 Feb – Dua calon Perikatan Nasional kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan N.07 Bukit Kepong dan N.08 Bukit Pasir dihimpunkan di Bilik Gerakan Zon Utara (Parlimen Pagoh), dekat Taman Pagoh Jaya, di sini.

Calon bagi kawasan Bukit Kepong akan diwakili Dato’ Dr. Sahruddin Jamal yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut, manakala Bukit Pasir pula, Nur Iqbal Razak.

Turut berada di Bilik Gerakan Zon Utara adalah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan tertinggi BERSATU, PAS dan GERAKAN.

Sahruddin kemudiannya menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Karisma, IKTBN Pagoh sementara Nur Iqbal di Pusat Konvensyen Kementerian Pengajian Tinggi bagi menghantar kertas penamaan calon.