KUALA LUMPUR, 8 Jun – Elaun petugas pentaksiran dan pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dibayar mulai esok.

Naib Presiden BERSATU yang juga Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, beliau menerima makluman tentang elaun kumpulan itu belum diterima.

“Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok,” katanya.