KUALA LUMPUR, 9 Jun – BERSATU menggesa kerajaan mengambil langkah yang komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan serta keperluan harian yang mencukupi.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata fokus utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Justeru itu, BERSATU akan memperluaskan program bantuan prihatin rakyat yang dilaksanakan oleh parti termasuk program kebun komuniti yang kini sedang dilaksakan di beberapa kawasan.

“Program ini mampu menjana pendapatan penduduk di samping menyediakan bekalan sayuran dan makanan dengan harga yang murah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Shah Alam.

Hamzah berkata mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, mesyuarat MPT antara lain membincangkan beberapa perkara berkenaan pengurusan parti dan isu-isu semasa terutamanya inisiatif untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.