KUALA LUMPUR, 21 Jun – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menasihatkan beliau menumpukan sahaja kepada kes mahkamah dihadapi, berbanding mencampuri urusannya berhubung isu dakwaan menerima dana Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Muhyiddin berkata, Najib tidak perlu berlagak menjadi hakim dalam menentukan keputusan mengenai dakwaan rasuahnya itu.

“Dia bukan hakim. Elok dia uruskan dia punya masalah (kes mahkamah).“Saya dah selesai buat satu kenyataan dan saya tak mau tokok (tambah) lagi dalam majlis ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Ruang Belia di Sime Darby Convention Centre.

“Saya dah selesai buat satu kenyataan dan saya tak mau tokok (tambah) lagi dalam majlis ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Ruang Belia di Sime Darby Convention Centre hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Najib yang mempertikaikan tarikh Muhyiddin menerima rawatan kansernya selepas dikaitkan dakwaan menerima dana sebanyak RM1.3 juta daripada UKSB.

Syarikat UKSB merupakan syarikat yang terlibat dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syarikat UKSB merupakan syarikat yang terlibat dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 18 Jun lalu, Najib mempertikaikan dakwaan Muhyiddin bahawa dia tidak menerima rasuah sebanyak RM1.3 juta pada 2018 seperti yang didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Muhyiddin menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk membuat siasatan terhadapnya.

Beliau berkata setakat ini beliau masih belum dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat mengenai perkara itu.

“Kalau SPRM nak panggil, saya pun boleh panggil, saya tak takut. Kerana saya cakap yang benar.

“Orang nak komen itu masing-masing punya komen. Saya tak rasuah. Saya tak terima apa-apa. Orang lain nak kata itu hal dia,” katanya.