TAMBUN, 27 Jun – Seramai 30 peserta wanita bukan Melayu menyertai program Sahabat BERSATU Bersekutu di Parlimen Tambun, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Sayap Bersekutu BERSATU Bahagian Tambun yang diketuai VG @ Vijaya Thaamarrai Kanthakumar.

Dalam program itu, mereka telah diberi penerangan mengenai usaha-usaha kemasyarakatan yang dilakukan oleh Sayap Bersekutu BERSATU dalam memperkasakan peranan dan sumbangan golongan wanita dalam masyarakat.

“Semoga melalui usaha-usaha keras ini oleh Sayap Bersekutu, diharapkan agar BERSATU akan mendapat tempat di hati penduduk dan pengundi selain Melayu di Negeri Perak khasnya, dan Malaysia amnya,” kata Vijaya.