KOTA KINABALU, 30 Jun – Kerajaan Sabah mengambil berat pendedahan mengenai penahanan seorang ketua parti politik di negeri ini yang didakwa terbabit dalam aktiviti menjual dokumen pengenalan palsu kepada warga asing.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kes itu secara terperinci dan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terbabit mengeluarkan dokumen berkenaan.

“Jika didapati benar, suspek dan ahli sindiketnya mesti dikenakan tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai penahanan dua individu termasuk seorang ketua parti politik mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada sidang media di Kuala Lumpur, siang tadi.

Hamzah pada sidang medianya di Bukit Aman mendedahkan polis menahan dua lelaki termasuk presiden sebuah parti politik yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan pengeluaran kad pengenalan.

Pemimpin terbabit iaitu Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohd Arshad Abdul Mualap, 46, bersama seorang lagi lelaki, Mohd Amkah Ahmad, 48, dihadapkan di Mahkamah Shah Alam, pagi tadi.

Hamzah berkata, kedua-dua suspek ditahan di Subang Jaya pada 22 Jun lalu dan polis turut merampas ratusan borang membabitkan ratusan mangsa penipuan.

Mereka dipercayai dalang sindiket penipuan yang menawarkan kad data lengkap berkod QR yang didakwa turut membolehkan pemohonnya memiliki Kad Pengenalan Malaysia (Mykad