SHAH ALAM, 1 Julai – Seramai 250 peserta hadir menyertai Pemukiman Penerangan BERSATU Malaysia di Shah Alam, malam ini.

Program yang dianjurkan Penerangan BERSATU Malaysia bertemakan “Membina Naratif Perjuangan BERSATU” dirasmikan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Antara peserta yang hadir terdiri daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Penerangan Negeri serta Sayap-Sayap Bahagian termasuk Armada, Srikandi dan Sayap Bersekutu BERSATU.

Dalam ucapan aluan, Wan Saiful berkata sokongan kehadiran yang penuh melambangkan kesungguhan dan iltizam untuk memastikan BERSATU memberikan tawaran menarik kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Insyallah, BERSATU satu hari nanti akan menjadi parti terbesar dalam negara.

“Saya amat berharap pemukiman ini akan diterjemahkan kepada rakyat supaya mereka yakin parti ini bukan sahaja ada tokoh yang dihormati seperti Tan Sri Muhyiddin, tetapi ramai lagi yang ada di seluruh negara.

“Terima kasih di atas sambutan yang amat menggalakkan,” katanya.