TEMERLOH, 5 Julai – Seramai 300 ahli baharu yang terdiri daripada anak muda dalam kawasan Parlimen Temerloh menyertai BERSATU, hari ini.

Ketua Armada BERSATU Pahang Nurul Qomar Abdol Talib yang mewakili BERSATU Pahang berkata perkhabaran gembira ini jelas menunjukkan BERSATU dan juga Perikatan Nasional (PN) khususnya, semakin menjadi pilihan masyarakat di negeri Pahang.

Ini kerana, katanya, dalam kalangan anak muda meyakini kebolehan BERSATU-PN dalam menyatakan khidmat dan bakti di sini.

“Rentetan polemik yang dicetuskan bekas Ketua Armada Temerloh baru-baru ini, Armada ingin memaklumkan bahawa, hakikatnya Armada Temerloh telah terbubar sejak persidangan tahunan 2021 kerana tidak memenuhi takluk mesyuarat malah telah direncana penstrukturan semula Armada melalui bahagian selaku penaja.

“Justeru penerimaan sejumlah besar kemasukan keahlian Bersatu yang telah digerakkan beberapa tempoh belakangan ini menerusi kepimpinan Bersatu Bahagian Temerloh dan sebahagian Jawatankuasa Armada Temerloh bersama-sama Armada Negeri Pahang yang semakin giat diteruskan adalah merupakan terjemahan minat sokongan yang semakin meningkat dan Armada Pahang menghargai tanda sokongan ini.

“Armada Bersatu Pahang akan terus bersemarak memahat iltizam mengorak langkah dalam berbakti dan membawa suara rakyat khususnya di negeri Tok Gajah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena sidang akhbar simbolik penyerahan borang keahlian baharu hampir 300 orang penyertaan ahli BERSATU Bahagian Temerloh di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Temerloh, Mohd Yusoff Abdullah; Ketua Penerangan Armada BERSATU Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir; Naib Ketua Armada Pahang, Mohd Fakhrin Abdul Khalib dan Penolong Setiausaha Armada Pahang, Ekmal Taufeq Khalib.