KUALA LUMPUR, 6 Julai – BERSATU dan Armada Nasional giat dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Baling.

Exco Armada Nasional, Mohd Firdaus Yusoff berkata beliau bersama rakan-rakan dari Bahagian BERSATU Sungai Petani dan Merbok telah turun ke Kampung Iboi, yang merupakan antara kawasan paling teruk dilanda bencana kepala air atau banjir kilat pada Isnin lalu.

“Koordinasi bersama Ketua Bahagian BERSATU Baling, Mohd Taufik Yaacob dan semua AJK terlibat dengan turut dibantu Ketua Armada Baling, Mohd Bazlisyam Basri dan juga bersama-sama Ketua kampung telah menjana kepada inisiatif membuka Bilik Gerakan Bencana di Kampug Iboi.

“Dalam misi awal bantuan bencana ini, sumbangan berupa beras sebanyak 50 pek, air mineral, barang dapur, kain pelikat/batik, sejadah dan telekung telah diedarkan.

“Para sukarelawan juga telah menyumbang makanan petang iaitu sebanyak 250 pek Koew teow kepada penduduk kampung yang menjadi mangsa dan juga kepada petugas pelbagai agensi kerajaan dan relawan yang membantu,” katanya.

Tambahnya lagi, sumbangan pada misi awal yang digerakkan wakil Exco Armada BERSATU semalam adalah dibantu oleh Dr Robert Ling Kui Ee, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Kedah dan beberapa rakan penyumbang lain.

Katanya, hari ini pula, akan diserahkan sebanyak 50 ekor ayam untuk petugas memasak dan diberikan kepada semua yang memerlukan.