ALOR SETAR, 9 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa Srikandi Kedah Kali ke-2 dan Taklimat Persidangan Cawangan dan Bahagian telah berlangsung dengan jayanya, di sini baru-baru ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia yang juga Ketua Srikandi BERSATU Negeri Kedah, Shamsila Siru.

Selesai mesyuarat tersebut, Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Malaysia, Azalina Abdul Rahman menyampaikan Taklimat Persidangan Cawangan dan Bahagian yang turut dihadiri oleh semua PSU Srikandi setiap Bahagian bagi negeri Kedah dan Perlis.

Shamsila turut menyampaikan cenderahati kepada Ketua Srikandi Bahagian yang mempunyai anak cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Tidak ketinggalan juga, Biro Kebajikan juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada Srikandi Merbok yang telah ditimpa musibah kemalangan.