PUTRAJAYA, 13 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia membantu masyarakat dengan menggerakkan sukarelawan untuk memantau kenaikan harga barang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pasukan sukarelawan ini bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat mengenai harga barang yang berada di pasaran.

“Saya berkesempatan menyertai walkabout pemantauan harga barang bersama KPDNHEP.

“KBS menyasarkan 10 orang sukarelawan di setiap daerah melibatkan 124 daerah.

“Seramai 1,240 orang sukarelawan akan digerakkan menerusi 124 Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan kawasan/daerah. Sukarelawan boleh melaporkan kesalahan peniaga melalui talian hotline di web KPDNHEP atau Whatsapp di talian 019-8488000 atau 019-2794317,” kata dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Ahmad Faizal bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau dan memantau harga barang di sebuah pasar raya di sini hari ini.