UMNO tak lekang dengan krisis.

Lahirnya UMNO dengan semangat juang dan ikhlasnya pemimpin membela nasib Melayu pada masa dulu.

Akibat dan bahana gila kuasa, kejar harta, unsur menindas, unsur menidakkan yang hak, unsur cantas mencantas, berebut tahta salah guna kuasa akhirnya UMNO yang kita kenali melalui catatan sejarah sebagai sebuah parti payung bangsa sekarang menjadi duri dalam daging bangsa.

Sekarang pergolakan demi pergolakan dalam UMNO terbina cetusan dari ketamakan pemimpinnya.

Ada ahli UMNO dengan yakin berkata pergolakan dalaman UMNO adalah proses mematangkan UMNO. Sebenarnya tidak. Pergolakan-pergolakan ini SEBENARNYA satu fenomena yang mengujurkan kepada penamatan usia parti itu.

Itu sebab ada pemimpin UMNO yang ikhlas melihat perkara ini dengan mata burung, melihat jauh kedepan. Pemimpin ini tegas membina awal kubu baharu untuk naungan orang Melayu. Kerana mereka tahu usia UMNO akan tamat.

Orang Melayu akan faham nanti apa itu NAUNGAN BARU ORANG MELAYU.

Untuk nota, krisis awal UMNO berlaku seawal tahun 1946 iaitu tahun pertama parti itu dibentuk.

Selepas itu berlaku pergolakan demi pergolakan iatu pada tahun 1951,1953,1964,1969,1976,1978,1982,1987,1998, 2013,2016, 2018 dan sekarang 2022 hampir sampai ke garis penamatnya.

Penulis adalah Kamarudin Mohd Kasim atau dikenali sebagai Long Middin, AJK Biro Penerangan BERSATU Malaysia. Ini pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.