PADANG SERAI, 15 Julai – Seramai 12 keluarga asnaf di Taman Angsana, di sini mendapat perhatian BERSATU melalui Skuad Jelajah Prihatin yang turun menyampaikan bantuan kepada golongan B40 yang terjejas.

Ketua Bahagian BERSATU Padang Serai Khairul Anuar Ramli berkata inisiatif itu dibuat bagi membantu meredakan masalah yang ditanggung rakyat untuk sementara waktu, ekoran kos sara hidup meningkat ketika ini.

“Sejak berlaku penularan COVID-19 beberapa tahun lepas, ramai rakyat yang terjejas teruk dari segi pendapatan.

“Ada yang kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar dan pelbagai masalah lagi.

“Jumlah rakyat yang tergolong dalam kumpulan B40 semakin meningkat ditambah pula kenaikan inflasi yang menyebabkan kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau yang menyertai Skuad Jelajah Prihatin menyampaikan bantuan kepada golongan yang terjejas di Parlimen Padang Serai hari ini.

Turut bersama, Naib Ketua Bahagian, En Salimin; Pemangku Ketua Srikandi, Pn Noriah; dan Ahli Majlis Perbandaran Kulim, Pn Hayati serta aktivis.