KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pelajar-pelajar B40 dari Parlimen Batu dan Kuala Lumpur diseru mengambil peluang keemasan bagi melanjutkan pelajaran di Universiti LimKokWing dengan bantuan biasiswa.

Ketua Penerangan Sayap Bersekutu BERSATU S Gobi Krishnan berkata tawaran biasiswa ini akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa untuk anak-anak kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan.

“Hari ini, kami melakar sejarah kerana berjaya mendapatkan biasiswa untuk pelajar B40 dari Universiti LimKokWing.

“Untuk makluman lanjut dan untuk mendaftar bagi biasiswa ini, sila hubungi kami di talian hotline 013-7500609 (whatsapp) atau dengan menelefon Saudara Krishna Kumar di talian 017-2981804,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dan menandatangani persefahaman dengan Naib Canselor Universiti LimKokWing Dato’ Profesor Dr Razali Agus bagi memuktamadkan tawaran biasiswa untuk 40 pelajar B40 daripada Parlimen Batu dan Kuala Lumpur untuk melanjutkan pengajian tinggi di universiti itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Datuk Seri Dr Santhara Kumar di atas usaha prihatin tersebut.