Kenyataan Naib Presiden MUDA Lim Wei Jiet yang mempertikaikan tindakan ke atas pelawak dan Crackhouse Comedy Club amat dikesali sama sekali.

Sebagai seorang peguam, Sdr. Lim tentu tahu bahawa Kelab tersebut telah dilaporkan media tidak mempunyai lesen yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi sebagai sebuah kelab komedi. Bukankah itu menjadi satu kesalahan dan wajar diambil tindakan?

Di samping itu, video persembahan pelawak tersebut juga telah tular dan membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam kerana menyinggung sensitiviti agama dan bangsa.

Oleh yang demikian tindakan pihak berkuasa adalah wajar demi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku ekoran daripada kemarahan orang awam.

Ini yang tidak difahami oleh Lim dan parti MUDA. Adakah MUDA ditubuhkan untuk mewakili suara rakyat majoriti atau pun sekadar menjadi โ€˜lidahโ€™ kepada golongan minoriti tertentu yang tidak memahami demografi dan geopolitik serta pegangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama terutamanya orang Melayu dan Islam?

Sekiranya begitu, saya rasa parti MUDA tidak sesuai untuk bertanding dan mewakili suara rakyat Malaysia. Mungkin MUDA lebih sesuai dan diterima di negara-negara seperti Singapura atau Hong Kong.

Dalam hal ini, kita juga nak tahu apa pandangan dan pendirian ADUN N41 Puteri Wangsa YB Amira Aisya? Sebagai seorang perempuan Muslim, adakah YB Amira juga turut bersetuju dengan lawak tidak sensitif terhadap agama Islam yang dipersembahkan di Crackhouse Comedy Club?

Penulis adalah Firdaus Rashid, Exco Armada Nasional. Ini pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.