MELAKA, 21 Julai – Perpecahan bangsa, umat dan rakyat hanya akan menguntungkan pihak luar atau dikenali sebagai penjajah.

Naib Presiden BERSATU Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkata hanya dengan penyatuan dan kesatuan mampu memberi kejayaan kepada bangsa dan rakyat.

Beliau yang juga Ketua Bahagian BERSATU Tangga Batu, mengulas mengenai mesej penting ‘Mat Kilau’ selepas menonton filem itu bersama 500 rakyat di Parlimen Tangga Batu, baru-baru ini.

“Mengimbas pengalaman indah menonton Mat Kilau bersama rakyat Parlimen Tangga Batu termasuk Ahli-Ahli BERSATU Bahagian Tangga Batu minggu lalu.

“Alhamdulillah walaupun berbayar RM 5, program ini telah disertai lebih 500 orang melibatkan 3 pawagam yang berbeza secara serentak.

“Antara mesej penting yang disampaikan melalui filem ini ialah perpecahan bangsa, umat dan rakyat hanya akan menguntungkan pihak luar/penjajah. Hanya dengan penyatuan/kesatuan mampu memberi kejayaan kepada kita semua.

“BERSATU kita teguh, bercerai kita roboh!” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Program Jom Tonton Mat Kilau ini dianjurkan BERSATU Bahagian Tangga Batu.