KUALA LUMPUR, 21 Julai – Tidak ada tolak ansur dengan mana-mana pihak atau individu yang mempermainkan, menghina dan mencela mana-mana agama dan kaum di negara ini.

Ketua Armada BERSATU Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, beliau akan memastikan perpaduan di negara ini terjaga dan sentiasa harmoni.

“Saya adalah pemimpin kepada kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli serta etnik-etnik di Sabah dan Sarawak!

“Tak kira sama ada anda seorang Muslim, Hindu, Kristian, Buddha atau mana-mana agama pun, anda tetap di bawah perlindungan undang-undang.

“Tak ada dwistandard dalam perkara ini! Sekali lagi, tak ada dwistandard!

“Kalau ada individu Melayu yang mencela kaum lain, kita ambil tindakan, begitu juga sebaliknya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.