KUALA LUMPUR, 22 Julai – Program ‘Kita Demi Negara’ peringkat Zon Utara akan diadakan selama dua hari bermula esok di Dewan Astaka, Batu Kurau, Perak.

Antara program menarik adalah pameran perkhidmatan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), persembahan dan pertunjukan keselamatan, booth pendaftaran Sahabat KDN, pameran aset-aset keselamatan Agensi KDN, jualan produk serta kuiz dan cabutan bertuah.

Turut diadakan sesi townhall bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Untuk rekod, program ini merupakan antara Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 yang melibatkan nilai teras keselamatan negara iaitu kesepaduan nasional atau semangat kenegaraan.

Kita Demi Negara juga selaras dengan aspirasi dan konsep bertemakan ‘Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama’ agar rakyat Malaysia bekerjasama dengan pihak kementerian menjaga keamanan negara.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini.