KUALA LUMPUR, 24 Julai – Logo Perikatan Nasional (PN) yang baharu akan menyelesaikan isu berkaitan salah faham, salah pilih dan salah pangkah di kalangan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU, Kamarudin Mohd Kasim @ Long Middin berkata masalah yang PN hadapi pada dua PRN iaitu di Melaka dan Johor antara lain ialah isu logo PN yang dikatakan mengelirukan pengundi dan seakan logo kembar Barisan Nasional (BN).

“Mesyuarat PN yang akan diadakan dalam masa terdekat ini akan bincang agenda lulus logo PN baharu.

“Saya tertarik dengan pemakluman terkini Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata bahawa satu mesyuarat khas dalaman PN akan diadakan dalam waktu terdekat antara lain akan membincangkan agenda meluluskan penggunaan logo PN yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Long Middin berkata setelah logo PN baharu diperkenalkan nanti, sudah tentu akan mendapat kritikan daripada cytro UMNO-BN.

Beliau menambah, kritikan mereka itu akan memberi kelebihan kepada PN sebagai promosi percuma kepada rakyat di seluruh negara.

“Saya awal-awal ingin ingatkan kepada penyokong PN bahawa cytro UMNO-BN sedang stanby untuk kutuk dan hina logo PN yang baru nanti. Persetankan tindakan cytro UMNO-BN dan teruskan agenda yang telah dirancang. Biarkan mereka kutuk dan akhirnya milage promosi percuma akan dapat pada PN nanti.

“Setelah diumumkan logo baharu nanti maka tugas kita ialah mempromosikan seluas mungkin logo PN yang baru ini.

“Teruskan momemtum ini, rakyat akan SEPAKAT bersama,” katanya.