BALING, 25 Julai – Sebanyak empat penyembur air tekanan tinggi (water jet) disumbangkan kepada Masjid Kampung Tiak Kupang untuk kegunaan anak-anak khariah membersihkan ruah masing-masing akibat banjir kepala air yang melanda penduduk, baru-baru ini.

Turut disumbangkan juga, kotak makanan Prihatin untuk mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir bagi meringankan beban sementara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU merangkap Ketua Bahagian BERSATU Baling Mohd Taufik Yaacob berkata kampung-kampung di sekitar masjid itu merupakan antara kampung yang terjejas teruk.

“Kami meneruskan ziarah serta menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat dengan bencana Kepala Air di sekitar Khariah Masjid Kg Tiak Kupang.

“Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU dan Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BERSATU merangkap Menteri Dalam Negeri serta BERSATU Bahagian Baling yang menyediakan sumbangan-sumbangan ini untuk diserahkan kepada semua mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Turut serta di majlis itu, pimpinan cawangan PAS, Srikandi, Armada, dan pemimpin setempat.