BAGAN SERAI, 25 Julai – Lebih 100 peserta termasuk dari Taiping dan Parit Buntar menyertai program kayuhan santai ‘KRT TK Fun Ride 2022’ yang diadakan di sini, pada Ahad.

Ketua Armada BERSATU Malaysia Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata program kayuhan anjuran KRT Tanah Kebun dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri Perpaduan ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

“Program memang meriah habis, tak kira tua, muda, Melayu, Cina atau India semua pun turut serta.

“Diharapkan agar program-program sihat seperti ini dapat terus digerakkan supaya masyarakat dapat bersatu padu dan menjamin kesihatan diri,” katanya.

Turut hadir Ketua Armada BERSATU Bagan Serai, Hisham Mansor.

Kesemua peserta yang menyertai program ini menerima sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan dan kenangan.