KUALA LUMPUR, 26 Julai – Malaysia mengutuk tindakan junta Myanmar melaksanakan hukuman mati terhadap empat aktivis demokrasi negara itu, selepas dituduh membantu militia memerangi tentera yang merampas kuasa tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata Malaysia berpendirian tindakan junta itu adalah jenayah terhadap kemanusiaan dan ia menjejaskan proses menyelesaikan konflik di Myanmar menerusi rundingan.

Malah, katanya, tindakan itu menunjukkan junta Myanmar memperlekeh Konsensus Lima Perkara yang dicapai ketika Pertemuan Pemimpin-Pemimpin ASEAN di Jakarta, tahun lalu.

“Kami mengutuk tindakan junta yang menjalankan hukuman mati terhadap empat aktivis Myanmar. Kami berpandangan tindakan ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

“Lebih penting, tindakan junta ini berlaku kurang dua minggu selepas Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Naypyidaw (ibu negara Myanmar), serta kira-kira seminggu sebelum mesyuarat peringkat menteri ASEAN.

“Kami melihatnya sebagai tindakan junta mempermainkan Konsensus Lima Perkara dan kita perlu meneliti perkara ini secara serius,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, media melaporkan tentera Myanmar menjalankan hukuman mati ke atas empat aktivis, termasuk tokoh demokrasi, Kyaw Min Yu dan bekas Ahli Parlimen serta artis hip-hop, Phyo Zeya Thaw. Zeya Thaw adalah sekutu pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Dua lagi individu yang dihukum mati ialah Hla Myo Aung dan Aung Thura Zaw.

Pada masa sama, Saifuddin mengumumkan keputusan terbaharu Kabinet, Jumaat lalu, yang memutuskan Malaysia berpendirian Myanmar tidak seharusnya dijemput untuk menghantar perwakilan politiknya ke mana-mana mesyuarat peringkat menteri ASEAN.

Katanya, keputusan Kabinet itu adalah bagi menunjukkan keseriusan Malaysia dalam konflik di Myanmar, selain menggambarkan kekecewaan negara terhadap kekurangan kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.

“Sebelum ini, pendirian Malaysia adalah Myanmar tidak seharusnya dijemput untuk menghantar perwakilan politik ke semua persidangan ASEAN.

“Namun, disebabkan kita tidak nampak kemajuan jelas dalam Konsensus Lima Perkara, kita putuskan untuk nyatakan pendirian baharu,” katanya.

Semalam, media melaporkan tentera Myanmar menjalankan hukuman mati ke atas empat aktivis, termasuk tokoh demokrasi, Kyaw Min Yu dan bekas Ahli Parlimen serta artis hip-hop, Phyo Zeya Thaw. Zeya Thaw adalah sekutu pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

Dua lagi individu yang dihukum mati ialah Hla Myo Aung dan Aung Thura Zaw.

Pada masa sama, Saifuddin mengumumkan keputusan terbaharu Kabinet, Jumaat lalu, yang memutuskan Malaysia berpendirian Myanmar tidak seharusnya dijemput untuk menghantar perwakilan politiknya ke mana-mana mesyuarat peringkat menteri ASEAN.

Katanya, keputusan Kabinet itu menunjukkan keseriusan Malaysia dalam konflik di Myanmar, selain menggambarkan kekecewaan negara terhadap kekurangan kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.