MELAKA, 28 Julai – Seramai 300 warga Hang Tuah Jaya hadir menonton tayangan filem Mat Kilau yang dianjurkan BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya, malam tadi.

Tayangan filem itu dihadiri Ketua Bahagian BERSATU Hang Tuah Jaya Mohd Azrudin Md Idris bersama Mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Abdul Rahim Thamby Chik disertai pimpinan dan ahli BERSATU Hang Tuah Jaya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata mesej dari filem ini adalah untuk menyedarkan bangsa Melayu agar mengutamakan perpaduan sebangsa dan menjunjung keteguhan keyakinan kepada Alah SWT dalam perjuangan.

“Patriotisme Melayu.

“Ramai berpendapat bahawa filem ini tersiar di pawagam-pawagam pada saat dan ketika umat Melayu sedang benar-benar dilanda perpecahan dan kerapuhan rangkaian silaturrahim yang boleh menjahanamkan masa depan Malayu itu sendiri dan negara!!” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.