KUALA LUMPUR, 29 Julai – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan atlet negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022, di England.

Beliau yang kini berada di Birmingham, sempat melawat dan beramah mesra dengan atlet-atlet negara di Perkampungan Sukan Universiti Warwick.

“Melihat kepada semangat yang ada pada para atlet, saya yakin mereka sedia untuk beraksi habis-habisan #DemiMalaysia.

“Setakat ini, antara yang sempat saya temui adalah pasukan Lawn Bowls negara, Judo dan Ragbi.

“Ayuh, kita sama-sama panjatkan doa dan sokongan untuk para atlet wira negara. Jangan sesekali luntur semangat, seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan para wira harapan pertiwi. Insha Allah, kejayaan milik kita!” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Hadir sama ketua kontinjen negara, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan timbalannya, Monteiro Gerard Clair serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.