KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Sambutan rakyat Terengganu di Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Terengganu di sini, malam tadi disifatkan sebagai mencapai sasaran luar biasa.

Tinjauan Penerangan BERSATU di majlis itu menganggarkan sekitar 15,000 ke 20,000 orang ramai hadir, walaupun sasaran kehadiran diletakkan seramai 10,000 orang.

Ini menunjukkan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh rakyat Terengganu amat tinggi, memberi signal bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir.

Hadir di majlis itu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu Senator Datuk Razali Idris.

Turut hadir, beberapa pimpinan ADUN PAS dan pemimpin bahagian BERSATU di majlis itu.