KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu Senator Datuk Razali Idris menerima pelantikan watikah sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu.

Manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Rosol Wahid dilantik sebagai Ketua Badan Perhubungan Kawasan Perikatan Nasional (PN) Hulu Terengganu.

Watikah pelantikan itu disampaikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Majlis Pelancaran PN Terengganu di sini, malam tadi.

Hadir di majlis itu, Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu Senator Datuk Razali Idris.

Turut hadir, beberapa pimpinan ADUN PAS dan pemimpin bahagian BERSATU di majlis itu.

Berikut senarai penuh Badan Perhubungan PN Terengganu:

Pengerusi Badan Perhubungan PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu)

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Terengganu, Senator Datuk Razali Idris (Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu)

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Terengganu, Senator Datuk Husain Awang (Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu)

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Terengganu, Wong Kim Su (Pengerusi Gerakan Terengganu)

Ketua Badan Perhubungan Kawasan Perikatan Nasional (PN) Terengganu:

Senator Datuk Husain Awang (Besut)

Shaharizukirnain Abd Kadir (Setiu)

M Shukrimun Shamsudin (Kuala Nerus)

Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu)

Mohd Nor Hamzah (Marang)

Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu)

Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun)

Che Alias Hamid (Kemaman)