JOHOR BAHRU, 5 Ogos – Ketua Bahagian BERSATU Ledang, Mohd Solihan Badri telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor yang baharu.

Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Johor, Uzzair Ismail berkata pelantikan itu bagi melancarkan gerak kerja Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor.

Selain itu, Uzzair turut dilantik menjadi Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Johor dan Datuk Mohd Rashid Hasnon dilantik sebagai Bendahari Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor.

Manakala, Ir. Mohd Khairulfadhlan Mohd Dzurri pula dilantik sebagai Ketua Penerangan BERSATU Negeri Johor.

“Mesyuarat telah membuat rombakan struktur organisasi parti di peringkat negeri.

“Pelantikan-pelantikan ini adalah sebahagian daripada ketetapan penting bagi melengkapkan struktur organisasi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor di bawah pimpinan Datuk Dr Sahruddin Jamal selaku ketua sekali gus menterjemahkan kesiapsiagaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.