KENYATAAN MEDIA

  1. BERSATU Sarawak mengambil maklum tindakan YB Datuk Willie Mongin Ahli Parlimen Puncak Borneo mengenai permohonan beliau untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) telah diluluskan.
  2. Oleh itu, keahlian YB Datuk Willie Mongin telah tergugur secara automatik menurut Perlembagaan parti Fasal 10, perkara 10.2.3. Hal ini juga telah disampaikan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden BERSATU.
  3. BERSATU Sarawak kecewa dengan tindakan YB Datuk Willie Mongin yang mengumumkan keluar parti menjelang Pilihanraya Umum yang hampir tiba. BERSATU Sarawak berharap tindakan YB Datuk Willie Mongin bukan demi kepentingan pribadi beliau sendiri.
  4. Dalam masa yang sama, BERSATU Sarawak menyokong tindakan susulan oleh pucuk pimpinan parti berkaitan kuota Timbalan Menteri beliau yang sebelum ini adalah kuota milik BERSATU.
  5. BERSATU Sarawak sentiasa mengamalkan politik khidmat sebagai wadah perjuangan di Sarawak dan mengutamakan Sarawak dengan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak.

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sarawak
Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
7 Jun 2022