MARAN, 11 Ogos – Seramai 25 ahli baharu menyertai BERSATU Cawangan Taman Sri Keramat, dalam Program Ramah Mesra Bersama Ketua Srikandi Negeri yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Majlis penyerahan borang keahlian disampaikan Ketua Srikandi Bahagian, Nur Amirah Syafiqah kepada Ketua Srikandi Negeri Pahang, Faizah Baharom.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Bahagian BERSATU Maran Datuk Jasri Jamaludin, Ketua Cawangan BERSATU Taman Sri Keramat Ramli Mat Arof, Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian dan Ahli Jawantankuasa Srikandi Bahagian.

Turut diserahkan, sumbangan Kotak Prihatin kepada ahli-ahli yang memerlukan.