KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kepimpinan SRIKANDI, ARMADA dan Badan Pimpinan Negeri BERSATU Selangor, membuat kunjungan hormat kepada Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Suhaimi Ghazali, di pejabatnya baru-baru ini.

Pertemuan ini bertujuan mendengar sesi taklimat berkenaan LPPKN.

Melalui taklimat yang diberikan, terdapat pelbagai program wanita dan juga program kesihatan boleh dilaksanakan bersama LPPKN.

Ini memberi peluang kepada Ketua Srikandi Bahagian BERSATU agar dapat menjalinkan kerjasama dengan masyarakat di samping menyebar luas amalan baik dan berkongsi faedah yang terdapat di LPPKN.

“Kepimpinan Srikandi Negeri akan menyusun dan merangka program-program yang melibatkan pihak LPPKN supaya dapat diselaraskan di setiap bahagian.

“LPPKN sangat terbuka dan berbesar hati untuk membantu kita dalam merealisasikan peranan wanita dalam memenuhi aspek-aspek perancangan dan penambahan pendapatan keluarga.

“Terima kasih dan Tahniah YBhg Dato’ Suhaimi di atas perlantikan dan telah membuat gerak kerja dengan pantas dan tuntas,” menurut Srikandi BERSATU Negeri Selangor dalam satu kenyataan di Facebook.