Sumber dalaman UMNO mengatakan mereka sudah mendapat kata putus bersama PM untuk melakukan pembubaran parlimen sejurus belanjawan dibentangkan pada bulan 10.

Jika benar perkara ini ianya amat memalukan kerana kita sedia maklum pimpinan dari parti mereka telah disusun ke dalam GLC, GLIC dan Kementerian untuk menyambut ‘gula-gula’ dan ‘minyak’ dari belanjawan yang dibuat.

Ini menunjukkan belanjawan kali ini hanya demi jentera pilihanraya parti tersebut.

Sepatutnya bila kita bertanding haruslah menggunakan kemampuan sendiri bukannya mengambil wang rakyat dan dengan tidak malu meraih undi mereka selepas itu.

Belanjawan yang dibuat haruslah untuk membantu rakyat yang tengah susah sekarang ini serta memulihkan ekonomi Negara.

Nasihat saya cukuplah dengan skandal 1MDB, UKSB dan Kapal LCS, Negara kita sedang tenat jangan kita gelapkan masa depan anak cucu kita dengan kerakusan kita.

Penulis adalah Mohd Yazid Mohd Yunus, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Ketua Bahagian BERSATU Paya Besar. Ini pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.