KUALA NERUS, 14 Ogos – Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Rosol Wahid membayangkan untuk kekal bertanding di Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Rosol yang juga Ahli Parlimen BERSATU Hulu Terengganu berkata beliau menyerahkan hasrat itu kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

“Jika pucuk pimpinan parti memutuskan untuk mengekalkan saya, saya akan bertanding.

“Tetapi jika keputusan sebaliknya, saya akur dan akan berkerja untuk memastikan kemenangan calon lain asalkan daripada PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program perjumpaan tertutup Penerangan BERSATU Malaysia, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.