JASIN, 16 Ogos – Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU Negeri Melaka Datuk Dr Baba Md Deni dilantik sebagai Ketua Penerangan BERSATU Melaka berkuat kuasa serta merta.

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan BERSATU Fasal 16.5.

Mohd Yadzil berkata jawatan Setiausaha Negeri BERSATU diisi oleh Mohd Azrudin Datuk Md Idris.

“Untuk makluman, saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit rombakan kepimpinan Badan Pimpinan Negeri BERSATU demi memastikan BERSATU Melaka terus kukuh dan persiapan jentera serta segala aktiviti berjalan lancar.

“Diharap pelantikan ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, ikhlas dan mengutamakan kepentingan parti,” katanya.