Perikatan Nasional adalah satu kesepakatan politik Melayu dan bukan Melayu yang semakin diterima rakyat. Momentum kesepakatan ini kita mulakan di Kelantan.

Himpunan Perikatan Nasional peringkat Negeri Kelantan yang bakal dilangsungkan pada 21 Ogos 2022 (Ahad) ini telah memperlihatkan kepada kita satu gelombang baru rakyat Kelantan melalui kesedaran politik yang sangat tinggi akan bermula.

Dengan tema himpunan “RAKYAT SEPAKAT, KELANTAN PRIHATIN”, himpunan berskala besar ini bakal membuka satu momentum baharu kepada semangat SEPAKAT yang sangat sinonim dengan fitrah orang Kelantan.

Adik-kakak sekalian.

Sekarang ini,
JIKA KEADAAN POLITIK SEKARANG ADALAH SEBUAH PERLUMBAAN, SAYA YAKIN PERIKATAN NASIONAL SEKARANG SEDANG DALAM MOOD PECUT DAN KEHADAPAN DARI SEGI PILIHAN RAKYAT. INSHAA ALLAH PN DAN PARTI-PARTI DALAM GABUNGANNYA AKAN TERUS MEMECUT BERSAMA SOKONGAN RAKYAT KELANTAN DAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHANNYA.

Semasa jadi KERAJAAN PERSEKUTUAN dan ketika Tan Sri Muhyiddin mengepalai sebagai perdana Menteri PERIKATAN NASIONAL beroperasi dan berfungsi dengan baik, tekun, cemerlang dan tenang dikala ketika itu pimpinan pembangkang terutama kem DS Anwar Ibrahim, kem Tun Dr. Mahathir, kem kluster mahkamah termasuk Zahid Hamidi dan DS Najib sedang berbalah untuk berebut jawatan dan berusaha cari helah untuk selesai kes mahkamahnya.

Inshaa Allah selepas PRU15 nanti, apabila rakyat secara majoriti memilih PN sebagai parti pilihan mereka, kerajaan Persekutuan PERIKATAN NASIONAL akan terus memecut laju membawa negara lebih baik dan berfungsi.

PN sebelum ini membawa wadah prihatin rakyat dan saya yakin selepas ini pun PN akan teruskan wadah Prihatin Rakyat ini.

Adik kakak sekalian,

PN boleh terus move foreward dan fokus.Yakinlah Rakyat semakin memberi pengiktirafan pada PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin diperingkat persekutuan dan Dato Ust Ahmad Yakob Menteri Besar diperingkat negeri Kelantan, dan pengiktirafan ini menunjukkan yang rakyat cukup selesa dengan kepimpinan yang ada dan mahu negara dan negeri seiringan bergerak ke hadapan menjana kesejahteraan dan kemajuan buat semua.

Saat ini, jika kita perasan RAKYAT TELAH MENJADI BENTENG mempertahan Perikatan Nasional, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti gabungan juga menjadi benteng kekuatan. Itu sebab rakyat dapat menerima PN kerana cara, pendekatan yang dibawa dan kesepakatan yang ditunjukkan.

Oghe Kelate kata “..bendo baik jange persia, benda molek jange tohok..” itulah Perikatan Nasional.

Saya nak tanya tuan puan,
“..jika seseorang itu menolak PH kerana di dalamnya ada DAP dan menolak UMNOBN kerana benci pada rasuah dan salah guna kuasa, parti mana yang akan menjadi alternatif pilihan rakyat?.

Jawapannya tentunya memilih Perikatan Nasional, betul tak?

Adik kakak sekalian,

Kita sedar dan insaf bahawa pemerintahan yang ada pada UMNO walaupun dia sebahagian dari kerajaan sekarang, sarat dengan politik membalas dendam, politik menunding jari dan politik beri tekanan. UMNO balik asal perangai lama dulu.

PH sama juga, dulu didominasi orang-orang DAP dalam kerajaan, ini telah membawa kebimbangan dan kerisauan pada rakyat khususnya orang-orang Melayu. Itu sebab kita cari jalan bagaimana mahu beri sesuatu pada orang Melayu tanpa DAP dan tanpa geng kluster mahkamah UMNO yang penuh dengan kebencian.
.
Alhamdulillah, orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain dilihat sangat selesa dengan cara dan pendekatan yang di bawa oleh Perikatan Nasional pimpinan TS Muhyiddin dan barisan kepimpinan di bawahnya.

Saya masih ingat sebelum ini ada kajian yang dibuat, dari 100 orang yang ditanya mengenai tahap kepuasan kepada PN, 90 orang MENYATAKAN SELESA dengan Perikatan Nasional berbanding parti lain.

Hari ini PN dilihat jauh berbeza dari UMNOBN dan PH yang gopoh dan ekstrem itu. Ternyata apabila dominasi kuasa politik kembali ke tangan orang-orang Melayu dan didukung pula oleh pimpinan bukan Melayu, ketenteraman dan kestabilan rakyat dan negara terserlah.

Suasana sebeginilah yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia di mana masing-masing boleh hidup aman dan bertolak ansur sebagaimana pernah kita rasai sejak Merdeka dahulu.

Adik kakak sekalian,

Inilah masa dan ketikanya bagi semua pihak di bawah PN menunjukkan kesungguhan, kematangan dan keikhlasan masing-masing. Bukan mudah mahu mencapai sepakat politik dari gabungan ini tanpa mengambil kira kehendak dan harapan rakyat. maka semua pihak sewajarnya berkorban, berpakatlah secara tertib dan penuh ukhuwah demi rakyat yang menanti-nantikan kesepakatan kita.

Kita sangat yakin Perikatan Nasional bakal terbina kukuh sebagai gagasan baru politik masa depan Malaysia.

Penulis adalah Kamarudin Mohd Kasim atau dikenali sebagai Long Middin, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU. Ini pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian parti.