PASIR PUTEH, 23 Ogos – Kompleks Sukan Bukit Merbau yang bakal menjadi venue utama bagi penganjuran SUKMA edisi ke-22 pada 2026, dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2025.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kompleks sukan ini bakal memiliki sebanyak tujuh buah stadium.

“Saya melawat tapak Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh.

“InsyaAllah, saya difahamkan projek pembinaan ini akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2025.

“Didoakan segala perancangan dan kerja pembinaan berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faizal melawat tapak Kompleks Sukan Bukit Merbau, di Pasir Puteh, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Kompleks sukan ini bakal memiliki sebanyak tujuk buah stadium ini yang akan menempatkan antaranya stadium utama, arena tertutup, padang ragbi, trek olahraga, stadium hoki, kompleks skuasy, pusat lawn bowl dan lapang sasar menembak.