1. Parti Perikatan Nasional akan menganjurkan KONVENSYEN PERIKATAN NASIONAL 2022 dan MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-2 PERIKATAN NASIONAL pada 27 Ogos 2022 di Dewan D2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor dan ianya akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Pengerusi Parti Perikatan Nasional.

2. Konvensyen julung kali ini dan Majlis Sambutan Ulang Tahun akan dihadiri oleh semua Presiden parti komponen Perikatan Nasonal, pimpinan dan perwakilan Perikatan Nasional yang dijangka seramai 1,800 orang termasuk semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti Perikatan Nasional seluruh negara.

3. Selain membincangkan isu-isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik Covid-19, Konvensyen ini juga akan menggariskan landasan utama Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 dan menetapkan dasar serta hala tuju parti bagi meningkatkan keyakinan rakyat bahawa Perikatan Nasional adalah parti yang mempunyai tawaran yang harmoni, relevan dan segar sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia.

4. Pada Konvesyen itu juga, Anugerah Prihatin Perikatan Nasional akan disampaikan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan keprihatinan, pengorbanan serta sumbangan luar biasa kepada negara dan masyarakat.

5. Perikatan Nasional percaya bahawa Konvensyen PN 2022 mampu menjadi wadah untuk memperbaharui tekad perjuangan khidmat bakti parti kepada rakyat serta memperkukuhkan kerjasama parti-parti anggota Perikatan Nasional secara keseluruhannya.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN

SETIAUSAHA AGUNGPARTI PERIKATAN NASIONAL

25 OGOS 2022