PELABUHAN KLANG, 25 Ogos – Sahabat KDN Puchong berpeluang menyertai Program Pelayaran Sahabat KDN bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sekaligus melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Maritim Selangor’ Kapten (M) V Siva Kumar bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor, pada Selasa.

Sahabat KDN dari beberapa kawasan telah diberi peluang mengenai pendedahan fungsi dan peranan APMM dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara yang diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sepanjang perjalanan menaiki bot operasi APMM, sahabat KDN telah melihat sendiri bagaimana cara dan pengunaan aset penguatkuasa Maritim dalam memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan serta mencegah jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang melanggar peraturan perairan negara khususnya sepanjang perairan Negeri Selangor.

Selain itu misi dan peranan APMM juga jelas demi menyelamatkan nyawa serta memelihara harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara terus terjamin.

Seterusnya sepanjang pelayaran kali ini sahabat KDN telah ditunjukkan pendedahan operasi berkaitan kapal, bot, pesawat udara, bot peronda perkasa 1235, Perkasa 1237, bot Benteng 1202 .

Para peserta dapat merasai sendiri cabaran yang ditempuhi oleh setiap anggota petugas Maritim Malaysia ketika menjalankan tugas.

Peserta sahabat KDN turut dimaklumkan berkenaan keluasan kawasan APMM perairan Negeri Selangor yang memiliki keluasan seluas 7,260 KM² (3,920NM²), juga memiliki panjang pantai sepanjang 218KM (118NM) yang bermula dari Sabak Bernam sehingga ke KU Sepang.

Program pelayaran ini bermula pada 1 petang dan berakhir sekitar 6 petang.

Satu masa yang agak panjang namun bagi para peserta sahabat KDN ianya adalah satu kepuasan yang sangat beharga untuk dirasai pengalaman bersama warga APMM.

Hadir sama dalam pelayaran tersebut adalah YBhg Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Hj Abdul Aziz, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg Dato’ Mohd Sayuthi Bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg Laksamana (M) Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), YBhg Laksamana Muda (M) Hamid Bin Hj Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah APMM, Kepten (M)V Siva Kumar A/L Vengadasalam, Ketua Pengarah APMM Negeri Selangor, Tn Mohd Shukor Bin Mustaffa @ Shukor Mustaffa, Ketua BERSATU Puchong merangkap Ketua Penerangan PN Selangor serta para pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Sahabat KDN Puchong mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih, syabas dan tahniah kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri (KDN) dan juga warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah berjaya menganjurkan program yang sangat hebat dan memberi pengalaman baru.

Tidak lupa juga terima kasih kepada seluruh Warga APMM yang telah berusaha dengan baik sepanjang mengendalikan Program Pelayaran Sahabat KDN.