KUALA LUMPUR, 26 Ogos – BERSATU memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan mengenai skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang antara lain menimbulkan dakwaan penglibatan seorang menteri daripada BERSATU.

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menteri berkenaan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.

“Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, BERSATU menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan ini sekiranya berasas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau pernah melontarkan sebelum ini supaya Kabinet wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal LCS dengan lebih menyeluruh.